Thursday 14 June 2012

CHAR KEOW TEOW TERBAIK...KEY'S CHAR KEOW TEOW

Ini merupakan kali pertama kami berkunjung ke kedai ini yang terletak di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Kami pernah beberapa kali mengunjungi Key's Char Keow Teow yang mulanya terletak bersebelahan,

berjiran dengan Hotel Sunway, Seberang Jaya, Penang.

Kali pertama, saya sendiri ke sana pada tahun 2005.

Selepas itu, kami pernah beberapa kali ke sana..kali terakhir, jika tidak silap adalah hujung tahun lepas..

Ketika itu, restoran tersebut ditutup kerana tempat itu dibangunkan dengan shop lot..

Saya ada bertanya pada gerai buah bersebelahan tetapi katanya mereka juga tidak tahu..

Kebetulan, (ketika kami survey tempat untuk kenduri majlis 3 jun, sila lihat artikel sebelum ini tentang kenduri 3 jun 2012) iaitu pada malam minggu, 2 jun, kami pegi

survey tempat kenduri dan kebetulan kami ternampak dan terus singgah untuk makan..

memang kedai yang sama..kali ini, beroperasi di Permatang Pauh






ramainya customer


char keow teow tengah disediakan untuk pelanggan






Harganya maybe agak mahal untuk sesetengah orang..tetapi bagi kami, memang berbaloi..

Lokasi kedai :
Terletak kira2 700 meter dari Politeknik Seberang Perai..Jika poli disebelah kiri, kedai itu terletak di sebelah kanan.
Dari Seberang Jaya menggunakan Lebuhraya Butterworth - Kulim, menuju ke politeknik, anda akan berjumpa UiTM Pulau Pinang di sebelah kanan..hanya 100 meter dari UiTM tersebut, di sebelah kanan juga, terletaknya Key's Char Keow Teow.

SELAMAT MENJAMU SELERA...







Wednesday 13 June 2012

ROTI NAN ALINAS DI RAWANG

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi,

Kepada pembaca sekalian,,
seperti yang dijanjikan sebelum ini, pihak kami ingin berkongsi restoran roti nan ke 2..
ianya terletak di pekan rawang..

Jika dari selayang ke arah rawang, anda akan melihat tesco rawang di sebelah kiri anda..so kiranya landmark di sini adalah tesco rawang..

selepas tesco, anda akan berjumpa dengan kedai nagoya di sebelah kiri, rasanya kurang dari 500 meter dari tesco, anda akan sampai di persimpangan lampu isyarat, simpang 3..
terdapat simpang ke kiri yang menuju ke taman tun teja, taman mawar..

terletak, betul2 di lampu isyarat tersebut. nama restoran tersebut adalah Restoran ALINAS

Bahagian depan restoran mamak

Sudut untuk roti nan

Tosai
Maaf sebab tidak dapat berkongsi gambar roti nan tersebut..mungkin terpadam gambar tersebut dari handphone..

Tetapi, roti nan cheese restoran ini memang terbaik..lebih sedap dari roti nan RSMY..
tetapi jika dibandingkan jumlah pelanggan, RSMY memang selalunya ramai. mungkin secara kebetulan kami hanya pernah ke RSMY pada malam minggu..sedangkan, restoran Alinas dikunjungi pada malam hari bekerja...

Selamat menjamu selera...nyamm...

ROTI NAN - RSMY KL

Assalamualaikum wbt dan selamat petang,

Untuk perkongsian petang ini, pihak kami ingin berkongsi dua kedai roti nan yang setakat ini adalah yang terbaik kami pernah jumpe..

Beberapa tahun yang lepas, kami pernah pergi ke gerai di jalan tunku abdul rahman..yg ini memang terbaik tetapi telah pun ditutup disebabkan tempat itu diubahsuai dan kami tak tau di mana tempatnya yang baru..

Yang pertama,
Kami ingin berkongsi kedai roti nan RSMY (maaf tak tau singkatan apa)
Bahagian depan kedai
landmark

keadaan waktu malam

kuah roti nan dimasak

roti nan sedang disediakan



roti nan cheese
Rotin nan cheese ni lebih hebat dari pizza hut..bila kita tarik, cheese nya mengalahkan pizza hut...makan ketika panas memang menyelerakan..
Terdapat 4 jenis roti tak silap kami..termasuk cheese, butter,,,
Roti memang menarik cuma kuah dan daging cincang nya kurang menarik..

Terletak dihadapan maju junction KL. di situ terdapat hotel lotus dan nasi kandar penang...Jalan Medan Tunku.

nantikan restoran roti nan ke 2 yang terletak di rawang, selangor

Thursday 7 June 2012

BURGER BAKAR

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Mari kita berkongsi mengenai burger yang lain dari yang lain, iaitu Burger Bakar.
Dengar cerita, ada juga cawangan di Wangsa Maju KL. Sambutan memang hebat sebab pelanggan perlu beratur untuk membeli.

Kali ini, kami ingin berkongsi dengan pembaca tentang Burger Bakar BBS (Bandar Baru Selayang). Ianya terletak di dalam kawasan parking Stadium MPS (Majlis Perbandaran Selayang), Selangor.



Gerai Burger. Bangunan yg dilihat adalah Stadium MPS

Banner Burget Bakar BBS
Burger yang dibungkus

Ni burger yg kami potong sendiri..ha..ha..
Rasa burger ni memang menyelerakan..Ketika menulis artikel ini, memang teringat kesedapan burger ini..
Silalah rasa..harga agak mahal dari harga burger biasa tetapi memang sedap..

Monday 4 June 2012

Kenduri Kahwin 3 Jun 2012

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Seperti yang dijanjikan, pihak kami ingin  berkongsi mengenai gambar2 majlis kenduri kahwin pada 3 jun 2012 yang lalu..

Majlis ini berlangsung pada pukul 12.00 tengahri - 05.00 petang bertempat Bandar Perda, Bukit Mertajam..
malam sebelum majlis


Pukul 3 pagi, 2 Jun 2012

Pagi 2 jun 2012


Meja pengantin sedang disiapkan



Persiapan sedang dilakukan





Tetamu mula hadir

Laksa & Bubur Kacang Corner

Penggantin sedang menjamu selera