Kami pernah beberapa kali mengunjungi Key's Char Keow Teow yang mulanya terletak bersebelahan,
berjiran dengan Hotel Sunway, Seberang Jaya, Penang.
Kali pertama, saya sendiri ke sana pada tahun 2005.
Selepas itu, kami pernah beberapa kali ke sana..kali terakhir, jika tidak silap adalah hujung tahun lepas..
Ketika itu, restoran tersebut ditutup kerana tempat itu dibangunkan dengan shop lot..
Saya ada bertanya pada gerai buah bersebelahan tetapi katanya mereka juga tidak tahu..
Kebetulan, (ketika kami survey tempat untuk kenduri majlis 3 jun, sila lihat artikel sebelum ini tentang kenduri 3 jun 2012) iaitu pada malam minggu, 2 jun, kami pegi
survey tempat kenduri dan kebetulan kami ternampak dan terus singgah untuk makan..
memang kedai yang sama..kali ini, beroperasi di Permatang Pauh
ramainya customer |
char keow teow tengah disediakan untuk pelanggan |
Harganya maybe agak mahal untuk sesetengah orang..tetapi bagi kami, memang berbaloi..
Lokasi kedai :
Terletak kira2 700 meter dari Politeknik Seberang Perai..Jika poli disebelah kiri, kedai itu terletak di sebelah kanan.Dari Seberang Jaya menggunakan Lebuhraya Butterworth - Kulim, menuju ke politeknik, anda akan berjumpa UiTM Pulau Pinang di sebelah kanan..hanya 100 meter dari UiTM tersebut, di sebelah kanan juga, terletaknya Key's Char Keow Teow.
SELAMAT MENJAMU SELERA...