Tuesday, 30 October 2012

Restoran Saba - Nasi Arab Terbaik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami berkesempatan makan di restoran nasi arab yang memang sedap. Restoran saba. Terletak di dalam kompleks yang berada betul-betul di depan stesen LRT Setiawangsa, KL.

Landmarknya adalah LRT tersebut. Boleh juga lawati laman web restoran saba.. Cumanya pada masa ini, ianya masih lagi dalam proses "construction".

Mari kita lihat gambar-gambar yang sempat di ambil..


Inilah kompleksnya

Mandi Chicken



Kabsah Lamb


Kebab

 Kalau suku ayam, harga nya dalam RM16, untuk satu set..Lebih dari cukup...Kami cadangkan, tak perlu ambil separuh..

Selamat menjamu selera...

Monday, 29 October 2012

Lemang Terbaik - Lemang Pak Teh, Tikam Batu, Sg Petani

Assalamualaikum wbt,

Sempena hari raya aidiladha ini, kami ingin berkongsi tentang lemang terbaik yang pernah kami jumpa (setakat ini).

Setahu kami, lemang ini tidak pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan, TV3. Tetapi, lemang ini memang jauh lebih sedap jika dibandingkan dengan lemang yang lain. Harga juga lebih murah. Walaupun salah satu nya berharga RM10 sebatang, tetapi agak besar jika dibandingkan.. Walaubagaimanapun, ini hanya pendapat kami dan rakan-rakan. Setiap orang mempunyai citarasa sendiri.

Lemang yang kami maksudkan adalah lemang Pak Teh, terletak di Tikam Batu, Sg Petani.
Jika kita dari Pekan Tikam Batu, menghala ke Sg. Petani, lebih kurang dalam 2,3 km dari pekan tersebut, kita akan dapat lihat gerai ini disebelah kanan jalan..

Inilah gerainya

Tempat bakar lemang

Tempat sediakan lemang untuk dimasak

Inilah lemang nya..RM10 sebatang

Serunding juga ada