Sunday, 30 December 2012

Cendol Pulut Pak Akob

Assalamualaikum wbt,

Bertemu kembali dalam entri terbaru.
Kami ingin berkongsi tentang gerai cendol yang terletak di hadapan Masjid Seksyen 16 Shah Alam.
Berhadapan dengan masjid itu, terdapat bus stop. Gerai ini dibuka di tempat tersebut.
Rasanya kurang dari 1 km ke pintu utama uitm shah alam.

Pertama kali ke gerai tersebut adalah pada tahun 2003. Difahamkan, gerai itu telah berada lama di situ sebelum 2003.

Disebelah kiri adalah masjid. Kanan adalah jalan utama



Disebelah kanan adalah masjid

Masjid di belakang kenderaan ini
Ini adalah cendol pulut
Ada juga cendol kacang dan kosong.
Harga memang berpatutan. Rasanya memang memenuhi citarasa.
Sentiasa ada pelanggan yang mengunjungi gerai tersebut.
Jika ditinjau kawasan sekitar shah alam, sememangnya banyak gerai cendol. Memang kami pernah jumpa yang lebih sedap. Tetapi tak bertahan lama kerana dijual di tepi jalan. Ini merupakan gerai yang paling lama bertahan di kawasan sekitar.


Selamat menjamu selera

Thursday, 6 December 2012

MARI MAKAN GORENG PISANG

Assalamualaikum wbt,

Kepada mereka yang ingin membeli goreng pisang untuk minum petang, pihak kami ingin mencadangkan gerai yang terletak berhampiran dengan bulantan kepong.

Jika dari arah KL ke Kepong/Selayang/Batu Caves menggunakan Jalan Kuching, gerai ini terletak berdekatan dengan bulatan kepong, sebelah kiri.

Gerai yang agak uzur. Berhampiran dengan 2 kedai makanan tengahari seperti ikan bakar.

Gerai goreng pisang di sebelah kiri gambar. Yang nampak di hadapan adalah kedai makan tengahari

Jalan Kuching terletak di sebelah kanan gambar
Inilah gerai goreng pisang tersebut. Jln Kuching di sebelah kiri gambar

Dalam gerai

Hadapan gerai
Inilah menunya.Goreng pisang, sukun, jemput2 dll