Sudah beberapa minggu pihak kami tidak memasukkan article tempat2 makan yang baru akibat komitmen yang lain..
Mari kita berkongsi tempat makan yang di panggil Restoran Kunang-kunang yang terletak di dalam kawasan gombak..
Jika dari batu caves menggunakan MMR2 menghala ke ampang, taman melati, taman melawati dan sebagainya, restoran tersebut terletak di sebelah kanan highway..Ianya bersebelanan dengan stesen minyak shell.
nasi goreng seafood |
http://www.kunangkunang.com.my/
Mengikut apa yang dikatakan oleh pelayan restoran, antara menu yang menjadi kegemaran adalah nasi goreng seafood seperti yang tertera..
Secara jujurnya kami merasakan menu ini tidaklah memenuhi citarasa kami.. tapi mungkin anda akan suka..terpulang pada selera masing2..
Pada kunjungan tersebut, kami telah memesan dua jenis nasi goreng iaitu nasi goreng seafood dan satu lagi jika tidak silap nasi goreng ayam..tapi walaupun menu nasi goreng yg berlainan,,tetapi nasi goreng tersebut adalah sama dari segi rupa dan rasa..perbezaanya hanyalah nasi goreng seafood mempunyi sotong dan udang..kedua nasi goreng tersebut diletakkan sekali ayam goreng...tak tau la jika tersilap dimasukkan ayam di dalam menu nasi goreng seafood tersebut..
Selamat menjamu selera dan rasai sendiri..
No comments:
Post a Comment