Sunday 12 August 2012

Lord of Lemang Pak Ali - Hulu Kelang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Sempena suasana hari raya, pihak kami ingin berkongsi menu lemang yang sememangnya menjadi pilihan untuk juadah di hari raya.

Semalam, 12 Ogos 2012 (ahad), seperti kebiasaannya, kami ada menonton rancangan Jalan-jalan Cari Makan di TV3.

Antara yang dipaparkan adalah, Lemang Pak Ali.  Lemang ini memang agak terkenal terutamanya di kawasan sekitar Hulu Kelang dan Kuala Lumpur.

Seingat kami, tempat ini memang pernah masuk di dalam beberapa rancangan yang berkaitan dengan masakan.

Petang, 12 Ogos 2012, pihak kami berkesempatan mengunjungi gerai tersebut.

Lokasi : Batu 8, Jalan Hulu Kelang, dari ampang menghala ke Batu Caves menggunakan MRR2.

MRR 2 hala ke Zoo Negara. Gerai terletak di sebelah kiri gambar

Bangunan ini terletak di MRR 2 hala ke Ampang. Bertentangan dengan gerai lemang

Courts terletak di sebelah kanan gambar

di hadapan gerai.

Antara kuih yang dijual

Kelihatan Pak Ali di dalam gambar. Rendang juga disediakan

Senarai harga

Ketika kami sampai, pihak kami dimaklumkan oleh Pak Ali sendiri bahawa, lemang telah pun habis dan beliau sedang membakar lemang baru.
Yang tinggal hanyalah sebatang lemang yang bernilai RM16. Alhamdulillah, rezeki kami :)

Ketika beransur pulang, kami terserempak dengan penyanyi TOMOK. Cuma mungkin bukan rezeki beliau kerana lemang terakhir telah kami beli.

Secara jujurnya, lemang ini tidaklah sesedap yang kami jangkakan.  Walaubagaimanapun, ianya lebih sedap dari kebanyakan lemang yang pernah kami makan.

Tetapi, perlu diingat bahawa setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan. 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...