Thursday 31 May 2012

Nantikan Akan Datang - Kenduri, 3 Jun 2012

Untuk post yang akan datang, pihak kami akan berkongsi gambar2 untuk kenduri kahwin yang akan diadakan pada 3 Jun 2012 di Bukit Mertajam..

Kantin SMK Dato' ONN, Bagan Ajam, Butterworth

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Ini merupakan kantin ke 2 yang diuruskan oleh pihak kami.
Kalau diikutkan, berbanding kantin pertama, kantin ini lebih ramai murid.
Dalam anggaran seribu murid sedangkan kantin pertama cuma dalam 400 murid.

Dewan sekolah
Bahagian depan kantin


Dalam kantin

Bahagian dalam - depan

Dalam kantin

Wednesday 30 May 2012

Membeli Ayam di JFN Farm

Assalamualaikum wbt,

Kedai ini memang terkenal kerana supply ayam pada harga yg kompetitif..Kebiasanya kami mendapatkan stok dari kedai ini...
Mari kita lihat beberapa gambar yang sempat di ambil untuk tontonan rakan-rakan.
Bahagian hadapan kedai

Bahan rempah ratus yang lain

Daging lembu juga dijual

Monday 28 May 2012

Pasar - Membeli Bahan Mentah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Mari kita lihat gambar2 pasar yg selalu dikunjungi untuk mendapatkan bekalan bahan mentah..
Pasar yang dimaksudkan adalah pasar kepala batas

Bahagian depan pasar menjual barang mentah seperti ikan, udang, sotong, dll

Bahagian belakang pasar menjual sayur-sayuran


sibuk memilih sayur-sayuran
Antara hasil belian yg dimuatkan di dalam kereta

Thursday 24 May 2012

Membeli Barang Keperluan Kantin

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Pihak kami ingin berkongsi kedai yang selalu dikunjungi untuk membeli barang keperluan untuk kantin.



Kedai ini terletak di Kepala Batas, berhampiran dengan pejabat pos.
Di sinilah kami selalu kunjungi untuk mendapatkan barangan kering...

Wednesday 23 May 2012

R & R Tapah & Seremban : Coffee + More

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Kebiasaanya, saya dan keluarga memang tidak suka untuk menjamu selera di R&R.  Bagi kami, ianya hanya membuang duit sebab mahal dan tak sedap..
Beberapa hari sebelum kunjungan ke tempat ini, saya terlihat satu keratan akhar..
Sebelum ini dikenali sebagai shalala coffee jika tidak silap..
Menu di dalam akbar nampak menarik.  Oleh yang demikian, kami membuat keputusan untuk mencuba..
Harga memang standard restoran dan R&R.. agak mahal dari gerai atau kedai biasa..jika tidak silap, mee goreng mamak berharga RM7.90..
Tapi berbalaoi untuk merasa menu ini..
Sebenarnya, restoran ini dibahagi kepada 2 bahagian..
1. Restoran
2. Kedai Serbaneka

Hanya ada 2 cawangan iaitu di R&R Tapah dan Seremban..tetapi yang menghala ke KL sahaja..
Nasi goreng seafood ni rasa biasa ja



 Nasi goreng mamak ni sedap

Tuesday 22 May 2012

Nasi Lemak YANG PALING BEST

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

NASI LEMAK NI YANG PALING BEST..MESTI KUNJUNGI LAGI

So far, ni lah nasi lemak yang paling best..kalau recommend kat jalan2 cari makan pun bagus ni..
banyak tempat yang terkenal telah kami kunjungi seperti nasi lemak antarabangsa, kat restoran2 mamak, nasi lemak di kolej jati, sec 2 shah alam (sekitar tahun 2005, tak sure ada lagi tak) dan lain2 tempat lagi..
Nasi lemak ni memang agak mahal untuk makanan di tempat macam ni..tapi lepas beli memang rasa puas hati sebab berbaloi..
banyak tempat lain tu, harga yang mahal, restoran cantik, eksklusif tapi buang duit saja...

Mari kita lihat....
Setahu kami, menu memang standard saja..tiap hari memang menu yang sama tapi customer memang ramai.
Nasi lemak dengan seketul ayam berharga antara RM4.50-5.00
Percayalah..mmg.. berbaloi


Masa saya pegi last time, 30 april atau 01 mei, saya beli bungkus..maaf gambar kat atas dah usik skit..dimakan kat rumah..he..he..
tak sempat tunggu ambil gambar...terus makan..



Lokasi : di dalam kawasan pasar bagan ajam..kat bahagian makanan..selain dari nasi lemak tu, ada juga cakoi yang digoreng panas..kuih muih pun ada..bermacam2 jenis sarapan ada dijual di sini..

RUGI KALAU TAK CUBA..

Mama Seafood Restaurant @ Rawang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk post kali ini, mari kita lihat sebuah restoran seafood di rawang.
Rasanya ianya baru dibuka beberapa bulan yang lalu..kawasan ini merupakan deretan kedai yang baru dibina.
environment, menu memang menarik..
                                          Mee hong kong.. rasa : agak kurang sedap

                                          Tom Yam seafood..rasa : biasa saja

                                                   Sayur yang sedap...
                                         Bahagian dalam restoran..environment yg menarik
                                         Bahagian depan restoran waktu malam..menarik bukan???

Tapi menu seterusnya ni mmg menarik.


Ikan kembong digoreng ranggup dan rasa sambal yg lazat.dimakan ketika panas..slurp..mmg lazat rasanya..cuba lah rasa.


Lokasi restoran
Belakang mydin rawang, terdapat traffic light menghala ke serendah (di traffic light itu, mydin akan berada disebelah kiri, ..jalan terus dan lihat di sebelah kanan..jarak dari mydin dianggarkan kurang dari 0.5km.



Monday 21 May 2012

SMK Bertam Perdana page 2

                                                                  Menu yg disediakan
                                                                          Kantin cikgu

                                                 Pelajar dengan beratur membeli makanan


Kantin Sek. Men. Keb. Bertam Perdana, Penang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Mari kita lihat, kantin yang diusahakan oleh pihak kami..
                                                               Pintu depan sek.
                                                                   Surau kantin
                                                                             Dapur
                                                                Ruang makan pelajar

                                                               Senarai menu dan harga
                                                                  Bahagian depan kantin
Tips utk panduan
Tips utk panduan
 

Tuesday 15 May 2012

Mid Gulai Kawah Sg. Dua, Penang

Mari berkongsi gulai kawah batang pisang.
Pernah masuk rancangan warung kita, astro
Asal ceritanya, mereka hanya masak untuk kenduri.  Selepas itu, ada sambutan dan cadangan dari pelanggan untuk buka gerai makan




Kedai ni terletak di Sg Dua, Penang..Kalau guna Lebuhraya Plus, dari selatan ke utara, exit Sg. Dua, belok ke kanan..ke kiri, adalah jalan ke Bagan Ajam, Maklom dll.
Selepas belok ke kanan, kedai Mid ini terletak di sebelah kiri, sebelum petrol station mobil..senang untuk dicari..

Banyak lauk pauk disedikan dan harga memang murah..
Saya pernah makan untuk 2 orang dewasa, 2 kanak-kanak, berharga RM6..menunya adalah :
1. Semangkuk gulai kawah
2. Seekor ikan keli
3. Sepotong ikan goreng
4. Air sirap, air kosong, teh ais
5. Sepotong buah tembikai susu..

Kali kedua, RM30 untuk bermacam lauk pauk, 4 dewasa, 3 kanak2.
Harga memang terbaik untuk mereka yang mahu berjimat.  Warga kota dari Lembah Klang mesti akan gembira dengan harga tersebut..

selamat menjamu selera..

NANTIKAN  ENTRY YANG AKAN DATANG:
GAMBAR2 KANTIN YANG SEDANG DIUSAHAKAN

Roti Canai Terbaik

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Untuk kali ini, pihak kami ingin berkongsi tempat makan roti canai yang sering dikunjungi.  Gerai ini sentiasa dihujani pelanggan yg ramai..



Anda patut mencuba...
Gerai ini terletak berhampiran dengan Sekolah Menengah Telok Air Tawar, Butterworth, Penang.
Waktu operasi, seawal pagi sehingga tengahari.