Tuesday 15 May 2012

Mid Gulai Kawah Sg. Dua, Penang

Mari berkongsi gulai kawah batang pisang.
Pernah masuk rancangan warung kita, astro
Asal ceritanya, mereka hanya masak untuk kenduri.  Selepas itu, ada sambutan dan cadangan dari pelanggan untuk buka gerai makan




Kedai ni terletak di Sg Dua, Penang..Kalau guna Lebuhraya Plus, dari selatan ke utara, exit Sg. Dua, belok ke kanan..ke kiri, adalah jalan ke Bagan Ajam, Maklom dll.
Selepas belok ke kanan, kedai Mid ini terletak di sebelah kiri, sebelum petrol station mobil..senang untuk dicari..

Banyak lauk pauk disedikan dan harga memang murah..
Saya pernah makan untuk 2 orang dewasa, 2 kanak-kanak, berharga RM6..menunya adalah :
1. Semangkuk gulai kawah
2. Seekor ikan keli
3. Sepotong ikan goreng
4. Air sirap, air kosong, teh ais
5. Sepotong buah tembikai susu..

Kali kedua, RM30 untuk bermacam lauk pauk, 4 dewasa, 3 kanak2.
Harga memang terbaik untuk mereka yang mahu berjimat.  Warga kota dari Lembah Klang mesti akan gembira dengan harga tersebut..

selamat menjamu selera..

NANTIKAN  ENTRY YANG AKAN DATANG:
GAMBAR2 KANTIN YANG SEDANG DIUSAHAKAN

No comments:

Post a Comment