Monday 26 August 2013

Majlis Rumah Terbuka Pelanggan

Assalam,

En. Zul merupakan salah seorang pelanggan tetap kami. Beliau tinggal di Gombak Selangor
Setiap tahun beliau membuat tempahan.
Boleh dikatakan, beliau memang meminati masakan kami.

Seingat kami, beliau menghadiri kursus anjuran Universiti Malaya pada 2007, yang mana kami menyediakan khidmat katering.

Sejak itu, beliau memang tempah makanan dari kami untuk rumah terbuka selain kursus2 anjuran tempat beliau mengajar.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau.

Menu yang ditempah setiap tahun lebih kurang sama.

Bagi tahun ini, menunya adalah

1. Nasi ayam 100 org makan
2. Laksa Penang 100 org makan
3. Bihun Sup 50 org makan
4. Ketupat Palas 50 orang makan  (kami juga tambahkan ketupat nasi)
5. Lemang 50 orang makan
6. Serunding 100 org makan (kami charge utk 50 org sahaja)
7. Buah-buahan 100 org makan
Lain2 seperti pinggan dan cawan plastik, bekas air, dan lain2

Semua menu tersebut berharga RM1750.

Harga ini memang murah especially di Lembah Klang.
Bayangkan ketupat yang dijual saiz kecil 5 biji berharga RM6.. kami kenakan harga yang jauh lebih murah kerana kami buat sendiri dan kos adalah rendah.

dah siap disusun




Laksa siap di wrap
Bahan untuk laksa
nasi ayam


bahan nasi ayam

bahan bihun sup
ketupat palas dan rendang

Friday 16 August 2013

Restoran Seafood Johan Di Taman Perling Johor Bahru

Baru-baru ini, kami bercuti di Legoland Malaysia dan Universal Studio Singapore.

Sempat juga singgah di restoran ini.

Customer memang ramai dan sampai tak cukup tempat duduk.
Malangnya nasib kami tak baik sebab tunggu selama sejam baru makanan sampai.
Rasa makanan mengecewakan..harga makanan mahal bagi kami. Jauh beza dari Aroma Jeram dan Tambun.
Tapi air jus memang murah.

Tapi memang dapat good feedback and recommendation dari tuan rumah homestay (tempat kami menginap).
Dia yang suggest..cuma maybe nasib tak baik kot :) Maybe orang lain bernasib baik..






SEAFOOD TERBAIK DI TAMBUN, IPOH

Assalam.,..

Selain dari restoran Aroma di Jeram, Selangor, tempat ini memang terbaik. Murah, sedap dan servis yang baik jika dibandingkan dengan Aroma.

Memang berbaloi..Menu ni berharga kurang RM70. Lokasi, betul2 diseberang jalan Sunway City Ipoh





Boleh makan 3-4 orang ni


Jalan-Jalan Cari Makan Ketika Ke Lost World of Tambun, Ipoh Perak - Nasi Lemak Ayam Kampung di Ipoh

Assalamualaikum wbt..

Selalunya kami berkongsi tempat menarik untuk dicuba.
Kali ini, kami juga berkongsi tempat yang terkenal, tetapi malangnya kurang memuaskan (pada pendapat kami, mungkin tuan/puan ada good experience, pendapat masing2).






bekas pelapik koteaw sup yang tidak bersih
Mungkin tidak bernasib baik ketika itu. Kami rasa pada waktu2 lain, ini tidak berlaku