Monday 26 August 2013

Majlis Rumah Terbuka Pelanggan

Assalam,

En. Zul merupakan salah seorang pelanggan tetap kami. Beliau tinggal di Gombak Selangor
Setiap tahun beliau membuat tempahan.
Boleh dikatakan, beliau memang meminati masakan kami.

Seingat kami, beliau menghadiri kursus anjuran Universiti Malaya pada 2007, yang mana kami menyediakan khidmat katering.

Sejak itu, beliau memang tempah makanan dari kami untuk rumah terbuka selain kursus2 anjuran tempat beliau mengajar.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau.

Menu yang ditempah setiap tahun lebih kurang sama.

Bagi tahun ini, menunya adalah

1. Nasi ayam 100 org makan
2. Laksa Penang 100 org makan
3. Bihun Sup 50 org makan
4. Ketupat Palas 50 orang makan  (kami juga tambahkan ketupat nasi)
5. Lemang 50 orang makan
6. Serunding 100 org makan (kami charge utk 50 org sahaja)
7. Buah-buahan 100 org makan
Lain2 seperti pinggan dan cawan plastik, bekas air, dan lain2

Semua menu tersebut berharga RM1750.

Harga ini memang murah especially di Lembah Klang.
Bayangkan ketupat yang dijual saiz kecil 5 biji berharga RM6.. kami kenakan harga yang jauh lebih murah kerana kami buat sendiri dan kos adalah rendah.

dah siap disusun




Laksa siap di wrap
Bahan untuk laksa
nasi ayam


bahan nasi ayam

bahan bihun sup
ketupat palas dan rendang

1 comment: