Monday 30 July 2012

SELAMAT BERPUASA & Uncle Bob Fried Chicken

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Hari ini merupakan 10 ramadhan 1433 H. Selamat berpuasa kepada semua.
Maafkan kami jika terdapat salah dan silap.

Untuk kali ini, pihak kami ingin berkongsi dengan pembaca mengenai Uncle Bob Fried Chicken (kami ringkaskan sebagai UBFC).

Baru-baru ini, pihak kami terlihat gerai UBFC yang baru dibuka di Bandar Baru Selayang (BBS).
Terletak berhampiran dengan KFC dan Klinik Dr. Dahlia.

Klinik ini biasa dikunjungi oleh pihak keluarga kami.  Ketika pulang dari klinik, kami terpandang UBFC yang baru dibuka bersebelahan dengan gerai burger otai.

Kami pernah mendengar sebelum ini tentang kelazatan UBFC..

Mari lihat beberapa gambar yang sempat diambil ketika itu.








Bahagian depan gerai, bersebelahan dengan burger OTAI
Klinik Dahlia terletak selang beberapa gerai di sebelah kiri dan KFC di sebelah kanan
Ayam sedang digoreng..nyum..nyum..
Inilah hasilnya..
Terdapat dua perasa yang ditawarkan iaitu, original dan spicy..
spicy memang betul2 pedas...yang membezakan keduanya ialah perasa pedas yang ditaburkan.

UBFC ini hanya sedap dimakan ketika panas.  Kerana apabila sejuk, ianya adalah liat..

Harga ialah RM6.50 seketul. Tiada tulang. Gambar di atas adalah 2 ketul yang telah disiap dipotong.
Ayam digoreng ketika pesanan dan dipotong kecil dan dimasukkan dalam bungkusan kertas.

Overall, UBFC ni memang sedap.

No comments:

Post a Comment