Monday 29 October 2012

Lemang Terbaik - Lemang Pak Teh, Tikam Batu, Sg Petani

Assalamualaikum wbt,

Sempena hari raya aidiladha ini, kami ingin berkongsi tentang lemang terbaik yang pernah kami jumpa (setakat ini).

Setahu kami, lemang ini tidak pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan, TV3. Tetapi, lemang ini memang jauh lebih sedap jika dibandingkan dengan lemang yang lain. Harga juga lebih murah. Walaupun salah satu nya berharga RM10 sebatang, tetapi agak besar jika dibandingkan.. Walaubagaimanapun, ini hanya pendapat kami dan rakan-rakan. Setiap orang mempunyai citarasa sendiri.

Lemang yang kami maksudkan adalah lemang Pak Teh, terletak di Tikam Batu, Sg Petani.
Jika kita dari Pekan Tikam Batu, menghala ke Sg. Petani, lebih kurang dalam 2,3 km dari pekan tersebut, kita akan dapat lihat gerai ini disebelah kanan jalan..

Inilah gerainya

Tempat bakar lemang

Tempat sediakan lemang untuk dimasak

Inilah lemang nya..RM10 sebatang

Serunding juga ada

No comments:

Post a Comment